10 September 2021

, ,

Polis tamat sekatan jalan raya sekitar Lembah Klang

 

Sekatan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan dan Taman Kanagapuram ditutup mulai tengah malam tadi susulan peralihan kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Lembah Klang yang diumumkan kerajaan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, bagaimanapun berkata empat lagi sekatan jalan raya di Petaling Jaya dikekalkan.

Katanya, lokasi sekatan jalan raya yang dikekalkan adalah di Plaza Tol Sungai Buloh, Plaza Tol Kota Damansara, Plaza Tol Damansara dan Plaza Tol Subang.

"Orang ramai dinasihatkan supaya terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) di sepanjang tempoh pelaksanaan Fasa 2 PPN di daerah Petaling Jaya khususnya.

"Orang ramai juga diingatkan tidak leka dengan kelonggaran diberi sehingga mengabaikan SOP dalam mengawal dan mencegah pandemik COVID-19," katanya

Sumber : Berita Harian

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90