3 September 2021

, , , ,

Video ajaran sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ disiasat

perjalanan mimpi yang terakhir

 



Polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook Masitah Ab Jalar atau dikenali dengan nama Sittah Annur yang dipercayai ada kaitan dengan kumpulan ajaran sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ (PMYT).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, suspek yang terlibat telah dikenal pasti dan diambil keterangan sementara usaha mengesan individu-individu lain yang terlibat sedang dibuat bagi melengkapkan siasatan.

“Siasatan menjurus kepada penularan beberapa rakaman video mengandungi kenyataan yang menyentuh aqidah serta ajaran islam melalui akaun YouTube Cahaya Islam dan S’ttah An Nur PMYT serta di beberapa platfrom media sosial sejak beberapa hari lalu.

“Antara kandungan rakaman video yang tular adalah pengakuan wanita tersebut yang mendakwa dirinya boleh berhubung terus dengan Allah SWT, malaikat dan Nabi Muhammad SAW,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wanita tersebut turut mendakwa mimpi perjalanan terakhir diturunkan kepada dirinya sebagai panduan untuk umat yang lain dan sesiapa yang menyakiti atau menghalang dirinya dari menyampaikan ajaran boleh dicabut nyawa oleh Allah SWT.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai dinasihatkan agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum,” ujarnya. 

Sumber : Kosmo!

 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90