22 Januari 2022

Dr M dirujuk ke CCU selepas mengadu makin tak selesa

 

Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) pagi Sabtu selepas mengadu semakin tidak selesa.

Bekas Perdana Menteri itu pada mulanya dimasukkan ke IJN untuk rawatan petang semalam.

"Pagi tadi baru dimasukkan ke CCU selepas Tun mengadu makin tak selesa.

"Semua anak Tun juga ada bersamanya," katanya.

Sumber itu memberitahu, Dr Mahathir sebenarnya dimasukkan sekali lagi di IJN selepas dibenarkan keluar pada 13 Januari lalu.

Ini bermakna pada tahun ini sahaja, bekas Perdana Menteri itu telah tiga kali dimasukkan ke IJN.

"Beliau berehat di IJN beberapa hari tetapi perkara itu tidak dimaklumkan kepada masyarakat," katanya.

Pada 7 Januari lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenarkan keluar pada 13 Januari.

Terdahulu, pada 16 Disember 2021, beliau dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut, sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember.

Tun M stabil

Tun Dr Mahathir Mohamad berada di dalam keadaan stabil di Institut Jantung Negara (IJN) dan memberi tindak balas yang baik kepada rawatan.

Anaknya, Datin Marina dalam kenyataan ringkas petang ini, mengesahkan perkara itu.

Sumber dari Berita Harian

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.