15 Januari 2022

Sultan Johor perkenan bubar DUN Johor

 

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), diadakan. Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

MB Johor keluar dari Istana Bukit Serene pada pukul 5.04 petang. Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pada pertemuan bersama Sultan Johor itu, Hasni diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran DUN Johor.

"Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim termansuh pada 22 Januari 2022," jelas hantaran itu dalam akaun rasmi Sultan Johor.

Sumber dari Berita Harian

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.