17 Mac 2022

Singkatan KKMM kini K-KOMM

 



Mulai 17 Mac 2022, singkatan nama Kementerian Komunikasi dan Multimedia dikenali sebagai K-KOMM, manakala menterinya akan dirujuk sebagai MENKOM (Menteri Komunikasi dan Multimedia).

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata penjenamaan singkatan itu bagi memastikan orang ramai tidak lagi terkeliru antara kementeriannya dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

"Orang selalu tertukar dengan SKMM, itu suruhanjaya, jadi KKMM kini dikenali sebagai K-KOMM dan menterinya dikenali sebagai MENKOM.

"Ini untuk memudahkan sebutan dalam urusan supaya lebih jelas, selalu orang tertukar SKMM dengan KKMM...sering bertukar. Jadi pertukaran singkatan ini akan jadi lebih jelas," katanya pada sidang media di Parlimen.


0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.