24 April 2022

Adu kesalahan jalan raya melalui aplikasi e-Aduan@JPJ

 


Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan, berkata melalui aplikasi itu, orang ramai hanya perlu memuat naik gambar atau video kesalahan jalan raya yang berlaku di depan mereka, selain lokasi dan waktu kesalahan.
"Orang ramai terlebih dahulu perlu dapatkan ID awam dalam laman sesawang: jpj.gov.my untuk mendaftar di aplikasi berkenaan. Orang ramai juga perlu mengaktifkan sistem kedudukan global (GPS) bagi memudahkan pengesanan lokasi.
"Aduan yang dibuat perlu lengkap dengan waktu, tempat, video dan gambar bagi memudahkan siasatan dijalankan," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, beliau berkata, JPJ akan melaksanakan Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2022 bermula 29 April hingga 8 Mei 2022 ini.
Katanya, Ops HRA 2022 akan dilaksanakan melalui pendekatan advokasi serta penguatkuasaan dengan objektif utama memastikan persekitaran jalan raya sentiasa selamat, dan seterusnya menurunkan kadar kemalangan serta kematian di jalan raya. 
Sumber dari BERNAMA

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.