29 April 2022

Wajib pakai seragam sekolah, berambut pendek mulai 12 Jun - Radzi

 


Ketetapan berkaitan pemakaian pakaian sekolah, termasuk pemotongan rambut murid akan kembali seperti mana sebelum kehadiran pandemik COVID-9 di negara ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata murid hanya diwajibkan untuk memakai pakaian seragam bermula sesi persekolahan penggal kedua pada 12 Jun depan.

"Jika sebelum ini digalakkan pakai seragam sekolah, kita masih akan terus galakkan, namun begitu ia akan diwajibkan bermula sesi persekolahan penggal kedua dan kita bagi kelonggaran sebelum 12 Jun 2022.

"Begitu juga keadaan berambut panjang, walaupun sebelum ini menteri kata tak apa tak gunting rambut, namun bermula 12 Jun ini, ia sama seperti ketetapan sebelum datangnya pandemik COVID-19," katanya dalam sidang media khas.

Mengenai ketetapan pentaksiran dan peperiksaan pula, Radzi berkata, ia akan menggunakan garis panduan yang sedang berkuat kuasa sehingga 17 Mei depan.

"Maknanya garis panduan sedia ada boleh digunakan sehingga tarikh itu dan selepas itu, ia kembali kepada pendekatan asal, khususnya bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)," katanya.

Sumber : Berita Harian

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.