30 Jun 2022

Fenomena Aphelion apabila bumi jauh dari matahari

 



Fenomena Aphelion dijangka bermula pada 4 Julai 2022 depan iaitu keadaan di mana kedudukan bumi berada dalam orbit yang paling jauh dari matahari.

Mengulas lanjut mengenai fenomena Aphelion, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, ia berlaku setiap tahun dan masanya ialah kira-kira dua minggu selepas Solstis Musim Panas (21 Jun).

Katanya, tahun ini ia dijangka berlaku pada 4 Julai dan jarak maksimum antara bumi dan matahari ialah 152,098,455 kilometer pada jam 3:15 petang waktu Malaysia.

"Bagaimanapun, hujan yang berlaku dua tiga hari kebelakangan ini disebabkan 'monsoon break' iaitu angin barat daya bertiup lemah dan bertumpu di kawasan barat Semenanjung.

"Keadaan ini menggalakkan pembentukan awan ribut petir intensif di kawasan berkenaan," katanya.

Muhammad Helmi berkata, fenomena terbabit tidak memberi kesan kepada bumi dan negara.

"Sewaktu musim panas matahari berada jauh dari bumi, sebaliknya semasa musim sejuk matahari lebih hampir dengan bumi.

"Ia adalah fenomena semula jadi yang berlaku setiap tahun berikutan peredaran bumi mengelilingi matahari pada orbit yang berbentuk eliptikal," katanya.

Sumber : Berita Harian

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.