Sumber Maklumat Terkini

13 Oktober 2022

Inilah wajah Bilal - Neelofa

 





Selebriti dan usahawan popular, Neelofa akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata sulung, Muhammad Bilal melalui perkongsian foto dan video di Instagram (IG).

Neelofa memaparkan detik awal kelahiran Bilal, hasil perkongsian hidup dengan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail.

Neelofa meluahkan:

"Antara kecintaan tertinggi dan teragung ummi di dalam hidup ini.

"Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cintakan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil.

"Bilal anak ummi sayang, Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna.

"Jika kekayaan yang nak dibandingkan, maka, kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah

"Jika keselesaan yang ditaruhkan, tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu.

"Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku. Syukur yang tiada penghujung padaMu, ya Allah.

"Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam," katanya.

Dalam tempoh 30 minit, hantaran itu mendapat lebih 100,000 tanda suka daripada pengikut Neelofa.

Pada akhir coretan, Neelofa turut mengucapkan terima kasih kepada Allah yang menzahirkan Bilal kepada dirinya dan suami.

"Semoga Afiyyah sentiasa untuknya. Semoga fakih dia dalam agama," katanya.

Semalam, Neelofa dilapor meluahkan rasa terkilan atas tindakan individu yang didakwa menyebarkan wajah Bilal melalui aplikasi TikTok.

Neelofa menyifatkan perbuatan individu terbabit sebagai tindakan yang tidak menghormati dirinya yang juga ibu kepada Bilal.

Neelofa mengakui perbuatan itu menyinggung perasaannya apabila keputusan memperkenalkan Bilal pada waktu yang sesuai, tidak dihormati sesetengah pihak.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari lalu.

Sumber : Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.