Sumber Maklumat Terkini

24 Oktober 2022

Permohonan lepasan STPM ke UA diumum 25 Oktober 2022

 


Keputusan permohonan rayuan untuk melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA) bagi Program Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf sesi akademik 202/2023 akan diumumkan Selasa ini, 25 Oktober 2022.

Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) berkata, keputusan itu boleh disemak secara dalam talian bermula jam 12 tengah hari sehingga 30 Oktober, jam 5 petang.

"Keputusan itu boleh disemak melalui Aplikasi Bahagian Kemasukan ke UA melalui pautan

https://jpt.utm.my; http://jpt.uum.edu.myhttps://jpt.unimas.myhttp://jpt.ums.edu.myhttp://umt.edu.my atau melalui aplikasi mobile UPU Pocket di telefon pintar.

"Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 26 hingga 30 Oktober ini di laman web rasmi UA.

"Bagi surat tawaran rasmi ia akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya dan boleh dicetak mulai 26 Oktober selepas calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh dinyatakan," katanya.

JPT berkata, segala tawaran diberikan adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA adalah tidak dibenarkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.