PRU15: Wan Rosdy angkat sumpah MB Pahang ke-15

 


Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sekali lagi dipilih menerajui Pahang sebagai Menteri Besar Pahang ke-15 selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 14 Oktober lalu.

Wan Rosdy, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pukul 11. 28 pagi di Balai Rong Seri Istana Abu Bakar di sini.

Pencalonan Wan Rosdy yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang mendapat sokongan kesemua 16 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan lapan ADUN Pakatan Harapan (PH).

Wan Rosdy yang menjadi ADUN Jelai sejak 2004 berjaya mempertahankan kerusi DUN itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan mendapat majoriti 6,983 undi.

Beliau mendapat 10,092 undi menewaskan calon PN, Dr. Abdul Rasid Mohamed Ali yang mendapat 5,569 undi dan calon PH Ismail Mohd Hussin yang mendapat 1,465 undi. 

Sumber : KOSMO! 

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.