U Mobile tawar pelan 5G paling berbaloi tanpa caj tambahan

 


Topik mengenai ketersediaan rangkaian mudah alih 5G di Malaysia kerap menjadi bualan ramai pengguna.

Dengan pelbagai kelebihan yang sering diuar-uarkan, ia pasti membuatkan ramai peminat teknologi tidak sabar menanti liputan rangkaian itu tersedia di seluruh negara.

Tidak mahu mengecewakan pengguna, penyedia perkhidmatan mudah alih, U Mobile menjadi antara syarikat terawal menawarkan perkhidmatan 5G di Malaysia.

Menurut U Mobile, pengguna yang melanggan pelan tersedia 5G U Mobile boleh mula menikmati perkhidmatan itu di kawasan yang mendapat liputan 5G bermula 3 November 2022.

Tiada caj tambahan, tiada sekatan kelajuan

Berita baik buat pengguna pelan prabayar U35, anda boleh menikmati pengalaman 5G yang lebih baik dengan tawaran Hujung Minggu 5G Tanpa Had secara percuma dan tanpa kos tambahan.

Data berkelajuan tinggi tanpa had 4G atau 5G ini boleh dinikmati bermula dari tengah malam setiap Sabtu dan berakhir pada 11.59 malam setiap Ahad.

Untuk menikmati Hujung Minggu 5G Tanpa Had, pengguna perlu menebus tawaran ini setiap minggu melalui Aplikasi MyUMobile.

Sementara itu, bagi pengguna pelan Pascabayar pula, anda boleh  menikmati data 5G sehingga 1,000GB menerusi pelan U Postpaid baharu.

Antara pelan yang tersedia bagi rangkaian 5G ialah U Postpaid 98, U Postpaid 68, U Postpaid 38 dan U FamilyShare.

Pengguna yang melanggan mana-mana pelan ini tidak perlu bimbang kerana kuota 4G dan 5G tidak dibahagikan secara berasingan daripada data yang dilanggan.

Ini bermakna ketika pengguna menggunakan peranti 5G di kawasan dengan liputan 5G, mereka dapat menikmati rangkaian 5G sepenuhnya mengikut data pelan langganan. 

Paling penting, pengguna yang berminat untuk menikmati teknologi 5G boleh bertukar ke rangkaian tersedia 5G U Mobile tanpa perlu mendaftar atau melanggan pelan tambahan yang lain. 

Ketersediaan peranti 5G

Seperti pendahulunya, sokongan teknologi 5G akan mula tersedia menerusi lebih banyak peranti kelas pertengahan tidak lama lagi. 

Bagaimanapun, pada ketika ini pengguna boleh menikmati kemudahan teknologi itu menerusi pelbagai pilihan peranti kelas permulaan baharu yang ditawarkan U Mobile.

Bagi mereka yang belum memiliki telefon pintar dengan sokongan 5G, anda tidak perlu bimbang kerana 5G tidak menjejaskan liputan rangkaian 4G yang sedia ada. 

Dengan U Mobile, pengguna boleh terus menikmati liputan mudah alih 4G yang lancar tanpa sekatan kelajuan bagi pelan pascabayar dan tawaran penggalak kelajuan bagi prabayar. 

Sehingga kini, U Mobile berkembang pesat menjadi antara penyedia perkhidmatan mudah alih yang digemari rakyat Malaysia dengan 92.7 peratus liputan populasi LTE kepada lebih tujuh juta pelanggan di seluruh negara.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai liputan 5G bersama U Mobile, layari www.u.com.my/bm/personal/why-u-mobile/network/5g-for-u


Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.