Keahlian Muafakat Nasional sudah dibuka

 


Permohonan untuk menyertai Muafakat Nasional (MN) sebagai ahli parti baharu itu dibuka lebih awal atas permintaan ramai, kata Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa.

Dalam satu hantaran yang dikongsikan di Facebook malam ini, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu menjelaskan sepatutnya permohonan itu dibuka pada minggu depan.

Katanya, permohonan boleh dibuat menerusi laman web rasmi MN di https://muafakatnasional.org.my.

Permohonan keahlian Muafakat Nasional dibuka lebih awal.

"Sepatutnya minggu hadapan. Namun, atas permohonan ramai kita awalkan permohonan secara online," katanya

Berdasarkan maklumat di laman web berkenaan, antara aktiviti yang bakal dianjurkan oleh MN merangkumi sesi sidang meja bulat antaranya dengan tokoh masyarakat dalam pelbagai bidang serta kepakaran

Ini termasuk penganjuran jelajah dan seminar tertutup di setiap negeri bagi membawa semangat muafakat dan mempromosi keahlian MN serta konvensyen bertaraf nasional.

Sumber : Berita Harian

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.