Ronaldo ke Kelab Al-Nassr dengan rekod bayaran tertinggi

 


Ribuan penyokong Al Nassr mengalu-alukan kehadiran Cristiano Ronaldo ke kelab itu semalam dengan melaungkan namanya pada minit ketujuh ketika aksi Liga Pro Saudi menentang Al Khaleej.

Ronaldo, 37, menyertai Al Nassr menerusi perpindahan secara percuma Jumaat lalu, hanya sebulan selepas meninggalkan Manchester United.

Dia menandatangani kontrak selama dua tahun setengah bernilai £173 juta (RM919.6 juta) setahun sekali gus menjadikannya ahli sukan dengan bayaran tertinggi sepanjang zaman.

Penyokong Al Nassr sangat teruja dengan ketibaan pemenang Ballon d'Or lima kali itu dan mereka bersorak namanya semasa pertembungan dengan Al Khaleej.

Ketika minit ketujuh perlawanan, ribuan penyokong mula melaungkan: "Ronaldo, Ronaldo," diikuti dengan identiti superstar itu iaitu "Siu".

Beratus-ratus peminat turut berpusu-pusu ke kedai kelab Al Nassr dengan harapan dapat membeli jersi baharu tertera nama Ronaldo dan nombor tujuh di bahagian belakang.

Kelab Liga Super Saudi itu sudah mengadakan perbincangan untuk menandatangani penyerang itu sejak November tahun lalu.

Kontrak Ronaldo ditamatkan oleh Manchester United sejurus sebelum bermulanya Piala Dunia selepas temubual kontroversinya dengan Piers Morgan.

Semasa perbualan selama 90 minit dengan kolumnis SunSport itu, Ronaldo berkata bahawa dia berasa 'dikhianati' oleh Red Devils.

Dia juga mengkritik bekas bos United, Ralf Rangnick serta Erik ten Hag.

Sumber : Metro

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.